Revamp the uniform!

Apabila sudah berada di persekitaran sekolah ( ya, saya sedang berpraktikal ), saya memerhatikan ada sedikit ketidakrelevenan yang dapat saya lihat dari segi pemakaian uniform sekolah di Malaysia. Murid Nampak selebet dan tidak terurus ( pada yang malas untuk seterika baju ). Baju asyik tidak dimasukkan di dalam seluar, pelajar perempuan tidak melipat tudung di tepi kiri kanan,tudung singkat dan sebagainya.

Jika menteri pelajaran boleh bertukar dan memansuhkan UPSR dan PMR, kenapa tidak uniform sekolah? Sudah bertahun-tahun uniform sekolah masih di takuk lama. Fesyen yang sama. Material dan warna yang sama. Agak lapuk fesyen uniform sekolah di Malaysia rasanya.

Bagi pelajar perempuan, saya amat tidak sokong lagi dengan pemakaian baju uniform berwarna putih. Jika anda faham apa maksud saya. Cuaca di Malaysia agak panas dan ini menyebabkan pelajar lebih memilih untuk tidak ber’camisole’. Perhatian, bukan semua bertindak begini. Tetapi kebanyakkannya. Ini mengundang kepada mata-mata yang ingin melihat dan tidak baik kepada perkembangan remaja lelaki khasnya.

Tudung yang dipakai tidak mengikut standard, ada yang terlalu pendek dan nampak sangat janggal sebagai seorang muslim. Pernah sekali pengetua di sekolah saya menyuruh pelajar memakai tudung yang diikat belakang untuk waktu PJK. Kami menyambut dingin saranan itu kerana cadangan pengetua ketika itu tidak sesuai dijalankan pada waktu itu ( sekolah kami lebih kearah islamik walaupun kami sekolah aliran sains ). Jelas menunjukkan bahawa corak pemakaian pelajar juga perlu berubah mengikut peredaran zaman.

Uniform bagi non-muslim juga saya lihat tidak menunjukkan standard pelajar Malaysia yang semakin maju dan membangun. Jika ditanya pendapat saya yang tidak berapa arif dalam fesyen, saya akan tetap dengan standard labuh yang sama seperti sekarang dan menukar corak kolar pinafore tersebut. Warna biru yang ada seperti sekarang? Kalau boleh tukarlah. Agak bosan mata memandang sekarang ni.

Cadangan saya yang lain ialah pemakaian tudung yang standard dan menggunakan material ( kain tee ) dan stail seperti tudung Syria ( yang labuh menutup dada ). Ianya mudah dan lebih kemas. Saya juga mencadangkan satu set baju uniform sekolah bagi pelajar perempuan menggunakan tona biru. Material yang tidak nipis Warna putih sudah tidak relevan pada saya. Mudah kotor dan jarang.

Bagi pelajar lelaki, saya tidak berapa mahir dalam memberi cadangan tentang baju lelaki. Tetapi sebagai pendapat saya suka jika pelajar lelaki memakai seluar berwarna kelabu dan berbaju kemeja biru lengkap dengan tali leher ( seperti uniform kanak-kanak di atas😉

Tetapi seperti di US, ada juga yang tidak menyokong kepada pemakaian uniform. Di bawah merupakan salah satu komen yang menyebabkan mereka tidak menyokong uniform sekolah :

“I am totally AGAINST school uniforms! One reason, of many, is Safety of the Students. For example: During a natural disaster (God Forbid) Earthquake, Tornado, etc,…  How would a Parent I.D. their child?  By the clothes that they were wearing, when they left home. What if a Senior decided to attack a 9th -or- 10th grade student.  How would the victim describe the attacker?  Let’s see, Khaki Pants – Navy Blue Shirt – Brown Shoes.  You get the picture. This was, is, and will ALWAYS BE a VERY BAD idea. Submitted by Randy”

Sampai ke situ mereka berfikir kan? Alhamdulillah di Malaysia belum ada lagi serangan ke atas sekolah setakat ini ( mudah-mudahan dijauhkan ).

Saya berharap kementerian melihat semula uniform di Malaysia ini dan fikirkan kesesuaiannya di zaman sekarang. Saya cuma mengharapkan fesyen uniform sopan ini masih sama dan hanya memurnikan lagi sahaja uniform yang sedia ada supaya pelajar Malaysia Nampak lebih kemas dan sesuai dengan era teknologi kita pada masa kini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s