Şehıdımız Ahmad Ammar ( 1993-2013)

999102_740363295980881_1480225725_n

Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan drpd berhenti menulis mengenai Ammar.

Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.

Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.

Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:

1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.

Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.

Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.

Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba’diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.

Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut.

————————————————————————————————–

Sungguh, aku amat merindui Istanbul. Bumi yang disebut oleh Rasulullah di dalam hadis baginda, bumi yang bersemadinya jasad Sultan-Sultan Soleh, dan salah satunya Sultan yang disebut oleh Rasulullah sebagai Panglima terbaik yang akan menawan bumi Konstantinopel, dan di bumi itu jugalah bersemadinya ratusan ribu jasad para Syuhada.

Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji’un.

Mulai hari ini, kerinduan terhadap bumi ini akan bertambah. Menerima khabar duka dari bumi Uthmaniah, apabila adindaku Ahmad Ammar dijemput menemui Ilahi dalam kemalangan dengan ambulan malam tadi waktu Malaysia. Mati ketika sedang menuntut ilmu, seorang lagi mujahid akan disemadikan di bumi bertuah ini. Adindaku Ahmad Ammar Ahmad Azam, Allah lebih menyanyangimu.

Anak yang taat kepada pasangan Ahmad Azam Ab Rahman dan Puan Nur Azlina. satu-satunya anak lelaki dan anak harapan terbaik kepada kedua2nya.

Pelajar tahun dua Universiti Marmara. Seorang pakar sejarah Uthmaniah dalam pembikinan. Mahir berbahasa Turki moden dan Turki Uthmaniah. Anak yang sengaja dihantar ke Turki sebagai persiapan untuk membentuknya menjadi pemimpin masa depan. Dijaga rapi di bawah penjagaan Hayrat Vakfi dan diberi didikan spiritual sepenuhnya oleh Hayrat Vakfi. Lembut budibicara dan tuturkata, menghormati orang tua. Kebaikan2nya disaksikan oleh banyak orang.

Anak yang cuba dipersiapkan ini dengan segala persiapan akhirnya pergi terlebih dahulu.

Hanya Allah yang mengetahui hikmah segala sesuatu.

Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang2 Soleh dan syuhada.

Semoga Allah turut memberi ketabahan kepada keluarganya, dan buat seluruh adik2 pelajar2 Malaysia di Turkiye semoga kalian juga tabah menghadapi berita ini.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘Anhu.

Al-Fatihah untuk al-marhum!!

—————————————————————————————————————

Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..

Ahmad Ammar
——————————————————————–
Aku ingin menjadi “SEJARAWAN PERANTAU”…Semasa membelek catatan-catatan tulisan tangan anakanda Ahmad Ammar di dalam buku-buku notanya yang saya & ayahandanya bawa pulang tempohari, terjumpa catatan tentang visi & misi beliau:

“1) Akan menziarah serta mengkaji ketamadunan & kekayaan Sejarah Bangsa, Negara Turki & kerajaan-kerajaan yang pernah diasaskan oleh mereka.”…ingin menjadi SEJARAWAN PERANTAU.

2) Meskipun tumpuan 100% kpd penguasaan akademik, tumpuan kpd ilmu rohani & agama tidak boleh diabaikan. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan ketenangan jiwa, hubungan dengan Sang Pencipta dikekalkan, Risalah An-Nur tulisan Ustaz Badiuzzaman Said Nursi adalah penawar terbaik untuk semua ini.

Maka, jika aku berjaya memahami dan menguasai kitab RISALAH AN-NUR, aku akan cuba menyebarkannya ke setiap negara yg akan aku pergi di samping melakukan kajian sejarah.”

“Ya, sesungguhnya untuk mencapai kedua-dua matlamat ini, aku sudah tiada masa utk berlengah-lengah & berehat, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh dengan mengaplikasikan gerak-kerja harian aku kepada tindakan tanpa gagal.”

 

Saya copy-paste info berkaitan Almarhum Ammar sebagai peringatan kepada diri sy sdr dan semua bahawa jika kita niatkan ikhlas dalam hati untuk menjadi yg terbaik untuk ummah InsyaAllah Allah swt akan tunjukkan jalan. Almarhum menyedarkan saya untuk keluar dari zon selesa dan cuba yang terbaik untuk membantu kebajikan ummah dan agama kita sedaya mampu . InsyaAllah. Tujuan lain adalah kerana untuk dijadikan motivasi serta bacaan untuk anak saya kelak. Supaya saya tidak lupa insan hebat Al-Fatih ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s