How to handle

Rentetan peristiwa seorang guru lelaki mengamuk membelasah empat pelajar di Sitiawan,Perak. Hari ini admin nak berkongsi sedikit tips mengajar di ‘kelas hujung’ turun temurun dari rakan-rakan guru sinior (ada yang sudah berpencen) buat rakan-rakan guru berdasarkan masalah yang lazim dihadapi.

1. Pelajar tak bawa pensel.
Guru sentiasa bawa pensel lebih dalam kuantiti 5-10 batang di dalam bekas pensel untuk diberi pinjam kepada pelajar. Selesai masalah kita.

2. Pelajar tak bawa buku.
Guru sentiasa bawa kertas A4 dalam kuantiti 5-10 helai diselit bersama rancangan mengajar, selesai masalah kita.

3. Pelajar keluar kelas sesuka hati.
Guru jangan tinggalkan kelas terlalu kerap, atau terlewat masuk atau terawal keluar. Pelajar belajar dari apa yang mereka lihat. Jadi ketegasan perlu untuk membezakan anda sekarang berada ‘di rumah’ atau ‘di sekolah’. Setiap tempat ada peraturannya.

4. Pelajar tendang meja.
Guru boleh ambil meja pelajar tersebut dan letakkan di depan kelas, pastikan pelajar tersebut tahu kegunaan meja untuk menulis bukan untuk ditendang. Bayangkan bila hanya seorang yang hanya ada kerusi tapi tidak ada meja di dalam kelas sudah pasti perkara ini tidak akan berulang.

5. Pelajar bising.
Wujudkan PDP yang ‘Bising’, seperti nyanyian, aktiviti berkumpulan atau jeritan fakta yang akan mengengelamkan bising yang tidak baik tersebut. Kita wujudkan bising yang baik dalam kelas. 

6. Pelajar tak hormat guru.
Guru boleh telefon Ibu Bapa pelajar untuk maklumkan sikap anak mereka yang tidak menghormati guru. Hormat ini adalah subjektif yang sebenarnya bermula diajar dari rumah, bukannya di sekolah. Sebelum menghormati orang lain, orang pertama yang kita hormat adalah kedua ibu bapa dan saudara mara. Seperti budaya salam kanak-kanak yang perlu disuruh di usia kecil. Itu adalah didikan awal, jika tidak diajar sampai besar mereka tidak tahu menghormati orang lain.

7. Pelajar tak peduli kata-kata guru.
Guru tidak perlu peduli dengan kata-kata pelajar tersebut, setiap pelajar akan ‘terasa hati’ apabila guru tidak mahu bercakap atau menjawab soalannya. Harus ditegaskan, kalau apa yang cikgu cakap kamu tidak peduli, cikgu juga tidak akan peduli dengan apa yang kamu cakap. Jadi selepas itu semua akan peduli dengan apa yang cikgu cakap. Sekadar makluman dan pastinya tidak sampai ke tahap tindakan.

 

excerpt from Kelab Guru Malaysia fb page

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s