Tatacara memandikan ‘bayi muda’

ReUpload Tatacara memandikan ‘bayi muda’ (umur 1- 40 hari).

Dalam tempoh ini, kaedah mandian amat memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

Bayi perlu dimandikan pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut, fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Air perlu dalam kadar suam-suam sejuk.

Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa mandian, hal ini akan membuatkan aliran darah bayi tersebut lancar dan baik. Siraman ini disertakan dengan sapuan sabun atau gel mandian yang sesuai.

Seterusnya disiramkan dari belakang ke sehingga ke kepala. Siraman ke kepala secara perlahan-lahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.

Semasa menyiramkan air ke dari belakang kepala ke bahagian dahi hadapan, tangan yang digunakan untuk menggosok siap sedia di dahi, adalah AMAT DIGALAKKAN, bapa yang memandikan anak tersebut sambil menggosok di dalam hati berzikir Ya Lathif, Ya Hadi.

Pastikan siraman tidak dilakukan ke muka bayi tersebut, kerana boleh melemaskan bayi muda tersebut dan mengundang kelembapan pada lubang hidung bayi tersebut yang boleh mendatangkan risiko jangkitan kuman.

Siraman seterusnya dan yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya terus ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada tubuh bahagian hadapan pada bayi peringkat umur ini, kerana membimbangkan kelembapan air sabun pada bekas potongan tali pusat akan melambatkan proses ‘luruh’ tali pusat.

Selesai mandian, bayi tersebut perlu dilapkan dengan kain tuala yang bersih sebaiknya daripada kapas (cotton).

Sapuan perlu bermula dari kepala, kerana lewatnya mengelap kelembapan air di kepala dan ubun-ubun bayi tersebut boleh mengundang kepada masalah lemahnya paru-paru.

Sebaiknya, semua ini dilakukan oleh BAPA kepada bayi tersebut, walaupun, kebanyakan para bapa agak sedikit kegerunan untuk memandikan bayi, insyaALLAH dengan mencuba dan belajar adalah lebih baik.

Pastikan leher dan pinggang bayi dipegang (ampu) dengan baik.

 

——————————quoted from fb Wan Asrul Al-Aydrus

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s