Tip Memarahi Anak Dengan Cinta

1. Istighfarlah sebelum memarahi.

Bila ‘marah’, itu suasana hati yang ‘manusiawi’. Ia sekelip mata boleh bertukar menjadi ‘syaitoni’. Tindakan ‘memarahi’ mesti bersama suasana hati yang bersih, bukan emosi tak terkendali. Istighfarlah.

2. Terangkan akibat setiap perbuatan, bukan ancaman menggunakan posisi kita yang lebih tinggi.

Contoh:

“Kalau adik tak patahkan barang kakak, nanti Allah sayang. Malaikat catat, adik ni baik. Pandai jaga barang kakaknya.”

Contoh ancaman:
“Hah gaduh? Nak kena tambat atas pokok!”

3. Ajak anak berjanji dengan Allah.

Contoh:

“Ummi tak suka marah kakak. Ummi suka senyum je untuk kakak. Tapi Ummi terpaksa marah kakak kalau kakak ada sebut perkataan tak soleh. Ummi malu dengan Allah kalau kita mungkir janji. Kitakan dah janji, nak jadi hamba Allah yang berakhlak mulia.”

4. Sesekali, ajar anak yang sering menganiaya adik beradiknya yang lain tentang ‘keadilan’. Ajarkan juga anak yang dianiaya tentang ‘kemaafan’.

Contoh:

Si adik suka tarik rambut abangnya.
Sesekali, pegang si adik dan serahkan kepada si abang, katakan, ” Orang yang tarik rambut orang, boleh ditarik rambutnya.”

Tapi sebelum si abang tu bertindak, bagi mind set kaw kaw dulu, ” Tapi, abang ni pemaaf kan? Abang tak nak tarik balik rambut adik, kan? Abang tetap sayang adik, kan?”

” Mari kita peluk dan berkasih sayang.”

5. Jangan melabel buruk dirinya.

Contoh:

“Dasar anak derhaka.”
“Bodoh!”
“Nakal!”

Lebih baik tukar kepada…
“Dasar ahli syurga firdaus.”
“Bakal ulama!!!”

6. Marahi kesalahannya sahaja, bukan keseluruhan dirinya.

Contoh:
Anak menangis dan mengoyakkan buku kerana kecewa hasilnya mewarna comot. Habis rumah bersepah dan ia mengundang marahnya ibu.

Katakan padanya,
“Masa umi kecil dulupun, umi mewarna comot juga. Tapi umi cuba lagi sampai dapat. Kakak bukannya tak pandai mewarna, tapi Allah nak kakak cuba lagi.”

Contoh melabel keseluruhan:
“Bodoh sombong.”

7.Pastikan tindakan ‘memarahi’ berakhir dengan menyejukkan emosinya. Jelaskan padanya, “Ummi dan Abi sangat sayangkan
kakak kerana Allah.”

:’)

Sebarkan bahagia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s