Anakku Alhafiz

PERINGKAT HAFAZAN ANAK KECIL

Setiap anak kita pasti sedang berada disalah satu level hafazan yang akan saya senaraikan dibawah ini..

Bagi yang belum bermula,

jangan mengalah..

kerana anak anda tidak pernah terlewat untuk memulakan hafazan aAlQuran

Sedangkan seorang nenek dari Indonesia yang berusia 80 tahun juga berjaya menghafaz 30 Juz AlQuran pada usia senjanya

Berikut antara perkongsian saya dalam Seminar Anak Cinta Al Quran nanti,

Jom Analisa tahap anak kita:

1)Hafazan dari awal kandungan
***********************************

Ajaib bukan?Benarkah hafazan boleh berlaku sewal anak dalam kandungan..?

Ya..ini cerita benar..Dibuktikan dengan kajian saintifik bahawa pendengaran anak sudah mula berfungsi seawal 18 minggu di alam rahim

MasyaAllah..

Jadi bagaimana untuk memaksimumkan kemampuan anak ini?

2)Detik awal kehidupan
**************************

Ketika anak masih merah lagi kulitnya, si ibu sudah boleh mulakan hafazan untuk anakanda tercinta

Imam Syafie R.A bergelar Al Hafiz pada usia yang muda sekitar 7 tahun,
antara rahsia yang mendorong beliau menghafaz adalah amalan ibu beliau..

Ibu imam As Syafie sentiasa berwudhu’ dan membaca Al Quran sepanjang menyusukan anaknya

Bagaimana amalan kita ketika ini?

3)Hafazan anak yang belum boleh membaca Al Quran
************************************************************

Anak sudah boleh diajar menghafaz walaupun belum berkemampuan membaca sendiri AlQuran

Rawat kesalahan hafazan mereka dengan metod gaya gerak tangan yang melambangkan maksud ayat yang dihafaz anak

Selain dari Kaisa yang cemerlang dengan metod ini,

anak kecil dari Iran yang bernama Hussein Al Tabatabai juga berjaya menghafaz menggunakan kaedah ini

4)Hafazan anak sudah mula kenal huruf bersambung
**********************************************************

Kaedah ini sesuai untuk anak sudah boleh mengenal huruf bersambung ( sedang membaca buku Al Furqan 3, iqra’ At Taisir Buku 3)

Tahukah kita bahawa pembelajaran yang melibatkan 2 sensori secara serentak iaitu telinga (Audio) dan mata (visual) boleh membantu ingatan anak dengan lebih cepat

Pelajari kaedah hafazan AudioVisual yang bakal membantu anak lebih cepat membaca Al Quran sekaligus meningkatkan daya hafazan

5) Hafazan secara santai
***************************

Peringkat awal anak sudah boleh membaca AlQuran,

biasanya mereka akan membaca secara merangkak-rangkak

ini adalah normal,

bagaimana kita boleh membantu mereka untuk proses hafazan seterusnya?

6) Hafazan Intensif
*********************

InshaAllah saya bakal berkongsi teknik hafazan intensif yang saya gunapakai dalam mengajar anak lelaki saya yang agak kinest juga,

Tetapi dia boleh duduk diam untuk menghafaz..

Malahan tidak sabar-sabar untuk mengulang ayat yang sedang dihafaz

MasyaAllah, Tiada kekuatan melainkan dari Allah

Biasa anakanda boleh menghafaz satu mukasurat menggunakan kaedah ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s