————from fb

Kesian this girl.

Guys, Girls, please don’t compare your experiences in the time of pregnancy, delivery, etc2 with others in a way that will make them feel down. Kalau nak share untuk beri ketabahan dan semangat silakan.

I just nak share sikit.

Sama macam isteri saya, induce bermula jam 9pagi, sampai jam 9malam, sakit berguling-guling, bukaan stuck 6cm, jam 10 malam air ketuban dipecahkan, masuk labour room, ambil air tulang, etc etc, sampai ke subuh, sampai wife dah lemah longlai tahan sakit, tiada daya dah nak push, sampai dia sebut di telinga saya, “ayang sanggup korban apa saja demi anak, jaga anak kita baik-baik” saya turun solat subuh mengigil, fikirkan baby dan ibu. 6.45 baru masuk bilik bedah, jam 8 baby ditolak keluar dari bilik bedah, jam 9 mak ditolak dari bilik bedah.. jam 10 baru mereka bertemu.

Maknya terus peluk cium, macam tak sakit ceaser. dah la bawah pun dah kena gunting dan jahit, perut lagi.

But, betul seperti nota dalam photo di atas, orang sekeliling main peranan. Alhamdulillah, ibu dia dan ibu saya sebagai mertua pun turut membantu beri semangat walaupun mulanya strict sebab wife operate. tapi tak pernah kami lunyaikan semangat isteri dengan kata-kata orang lain mudah beranak, atau ibu mudah beranak, etc2.

Every pregnancy totally akan ada kelainan dari yang lain. begitu juga delivery. Cannot compare dengan yang lain. ada yang mudah bersalin tapi baby ada compilation etc, prolong jaundice etc, ada yang susah bersalin, operate, vacuum, etc2.

sebagai wanita pun, patutnya lebih faham perasaan wanita mengandung, lepas bersalin dan dalam pantang. jangan nak ada ego sebab mudah bersalin, atau bersalin hospital private ke, atau nak ego homebirth ke waterbirth ke. Kalau antara suami pun, jangan juga compare, “my wife senang la bersalin, why your wife susah bersalin, banyak dosa dengan you ke?” ” you tak maafkan dosa your wife ke, kenapa dia susah bersalin etc2″ atau kalau ada rakan sekerja yang berstatus suami, terutama 1st child, minta pendapat, or terpaksa cuti, balik awal, datang lambat sikit sebab wife pregnan, alahan, atau berpantang, fahamlah. dan jangan pula compare “orang lain pun beranak, tak datang lewat pun, orang lain pun ada anak 2-3-4 dah anak, tak perlu cuti pun” because we are different.

Maybe yang tak perlu cuti tu sebab dah kawin pun duk dengan parents, so parents boleh take care. maybe yang kena cuti tu or datang lewat, balik awal, tak ada sedara mara atau keluarga terdekat nak di harapkan, jadi suami lah yang kena take care.

Jangan ambil peluang buat alasan pula. be honest.

i’ve quit my old job because my wife need extra care masa dia mengandung sebab baby compilation. Sebab saya buat kerja design dari mana-mana pun boleh tak perlu ke pejabat boleh selesai kerja, tetapi itulah, tak semua orang faham dan asyik nak compare dengan pengalaman dengan isteri sendiri atau kelahiran anak sendiri. “aku dah anak 4, takde pun kena macam tu” ” orang lain beranak jugak, takde pun macam ni macam tu”.

My wife babynya asal kembar, gugur seorang, dan tinggal seorang yang perlu extra care.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Allah swt beri kelebihan dan kelapangan dan tambah rezeki yang berganda-ganda after i quit that job.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Wife sihat, baby sihat sejahtera, soleh dan beriman serta bertaqwa hendaknya inshaaAllah.

Everytime teringat segala peristiwa ini, tak sanggup rasanya nak marahkan isteri, tinggi suara, apatah lagi angkat tangan. apatah lagi nak dera baby. gigil kalau tengok video orang dera baby.takkan sebab terlalu mudah bersalin pula kan?

Moga yang meluahkan perasaan ini, suaminya ambil peranan, jika perlu bawa ke mana-mana untuk kerehatan, bawa. Jika perlu cuti, cutilah, teman isteri. Allah swt akan beri jalan penyelesaian.

Bahkan, tentu kalian ada pengalaman dan cerita sendiri yang berharga bagi diri dan keluarga kalian.

Now dalam dilema pula isteri saya untuk terus bekerja, atau menjaga baby sendiri. Pastinya, Allah swt tempat rujukan dan minta bantuan untuk membuat keputusan kerana dia Maha Mengetahui. we don’t.

RezekiNya Luas. Alhamdulillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s