Syair oleh Anis Shashon

Salam kepada kalian dan salam kepada kami

Keamanan kepada kalian dan keamanan kepada kami

Salam kepada sesiapa yang menjawab salam dan salam kepada sesiapa yang tidak menjawab salam

Iaitu salam dengan nama tuhan yang maha Salam, tuhan yang maha kekal dan tuhan sekalian alam

Iaitu salam yang kami membesar denganya, iaitu salam yang sudah sebati dengan bumi tanah airnya

Salam kepada tempat yang tidak lagi kami duduki dan salam kepada tempat yang kembali menjadi tanah kami

Salam yang mana kita cuba dekatinya, dia memikul bebananya meninggalkan kita sedikit demi sedikit, mencari tempat lain dan menerima ajakkan daripada tanah yang tiada islam walau secubit

Seolah-olah islam itu seperti nenek moyang kita yang telah pergi…

Kamu tahu mengapa?! Mengapa salam pergi meninggalkan kita? Kamu tahu mengapa kita senang diselubungi kegelapan?!

Kerana kita masyarakat yang takut, takut kepada perbezaan, kata-kataku ini mungkin tidak disenangi oleh sebahagian kamu bahkan sekalian kamu dan aku tahu…

Tetapi aku menolak untuk menjadi sebahagian penipu, terpaksa aku katakan tanpa segan sipu…

Kita masyarakat yang menolak untuk mengiktiraf walaupun kita hidup dalam ikhtilaf, walaupun kita masyarakat yang berdegar melaungkan menerima pemikiran yang khilaf…

Kita masyarakat yang mundur, mendakwa kita bangsa yang bertamadun, betapa buruknya dakwaan ini, pembohongan apakah ini?!

Menerima perbezaan pada kita, tidak lain hanyalah seperti sarung, lain di dalam tapi diluar bermuka-muka…

Berbeza warna kulit menyakitkan mata kita, berbeza bentuk badan menjengkelkan kita, berbeza fikiran meresahkan kita, berbeza agama merisaukan kita, sehinggakan berbeza bangsa juga menyakitkan kita…

Segala perbezaan kita cuba bunuh, yang tidak serupa kita mencemuh, akhirnya kita saling berbunuh, kerana kita masyarakat yang bodoh, lebih bodoh dari orang bodoh…

Kita sibuk bergaduh pada perkara yang remeh-temeh, sia-sia dan khufarat, bahkan kita sentiasa menolak untuk menyelami sesuatu dengan lebih rapat…

Dan tiada sesiapa pun yang terkecuali, samada orang bandar atau orang kampung, orang yang redha dengan kebodohan orang yang membisu, orang yang suka mendakwa kesucian, orang yang mengikut barat membuta tuli, bahkan orang yang ingin mengembalikan kekuasaan khilafah, atau kekuasaan kuku besi yang memotong kaki secara bersilang…

Biarkanlah kami hari ini cuba untuk menyelami hati sesama kita, biarkanlah kami saling memeluk roh-roh sesama kita, biarkanlah kami memeluk semangat perbezaan ini…

Dan inilah aku, di depan kalian, dengan warna hitam kulitku, dengan rambutku, dengan perasaanku, dengan berkongsi persamaan ini dan dengan fikrahku…

Aku tidak takut pada kalian dan aku tidak takut perbezaan kalian daripadaku, kerana aku daripada kalian dan kalian daripadaku..

Biarkan kami mencipta seni, biarkan kami menyelami mimpi, biarkan kami menanam budaya dengan sepenuh upaya, agar apa yang paling tinggi pada kami adalah perbezaan yang memuncak tinggi…

Biarkan kami menyelami di dalam adat dan budaya, bangsa dan impian, fikiran dan warna kulit serta agama, agar tiada apa yang kami lihat di dalamnya melainkan hanyalah seorang insan…

Syair oleh Anis Shashon, penyair Tunisia yang membawa mesej keamanan dengan syair-syairnya…

terjemahan dari Daud At-Tetouani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s