TEKNIK BINA BISNES by ELLE ZADA

3 TEKNIK BINA BISNES TANPA PENGARUH SELEBRITI

1. USP
2. PASUKAN
3. ILMU

Kami memulakan bisnes dari kosong. Kami bukan sesiapa dalam dunia online; bukan blogger terkenal mahupun personaliti famous.
.
Kami tiada belasan ribu mahupun ratusan ribu followers. Bisnes ELLE ZADA dimulakan dengan modal dalam tangan bermarkas di bilik tidur sahaja oleh 2 orang pelajar universiti.
.
Bayangkan saya yang jurusan senibina dan suami jurusan mekanikal engineering terpaksa bina coding website dari kosong semata-mata nak jimat duit.
.
Dulu takde option template website yang banyak seperti sekarang jadi memang gigih bersekang mata tulis coding baris demi baris. Website static je pun, tak canggih dan sekadar cukup untuk display produk dan ambil order ; tapi masa tu kami happy sangat bila website tu siap lepas coding lebih seminggu! 🙈
.
Sudah pasti setiap bisnes mahu mendapat publisiti meluas bukan? Dan antara kaedah paling mudah untuk mendapat publisiti adalah dengan berkolobrasi dengan artis terkenal.
.
Tapi, memandangkan circle of network kami pada ketika itu yang tiada selebriti, saya dan suami bercadang untuk bina ELLE ZADA dengan ilmu fundamental bisnes. Andai kaedah tersebut berjaya, kami yakin lebih ramai yang boleh tiru ‘resepi’ tersebut kerana MAJORITI usahawan bukannya ada kawan selebriti pun! Kan? 🙈😋
.
TEKNIK 1 : BINA UNIQUE SELLING PREPOSITION (USP) YANG POWER
.
USP adalah antara perkara pertama yang kami selesaikan sebelum launch bisnes. Ini adalah essence keistimewaan bisnes kita berbanding bisnes lain. Ianya berkenaan ADDED VALUE bisnes kita kepada target market yang jelas.
.
Dalam pasaran yang sarat dengan bisnes lain dengan produk hampir serupa, USP akan membolehkan sesebuah bisnes berkembang dan dan membentuk legion of superfans.
.
USP kena jelas dan boleh diterangkan dengan mudah.
.
In business, don’t waste your time trying to please all market segments. USP ni lebih berharga dari publisiti melalui selebriti. Tanpa USP, segala usaha publisiti akan bersifat hype sementara dan tidak sustainable.
.
Contoh;
ELLE ZADA membantu hijrah fesyen selaku pelopor ‘fashionable’ tudung labuh & busana 100% patuh syariah.
.
—simple, ringkas dengan market segment yang jelas. Gunakan USP ini sepenuhnya dalam marketing plan.
.
TEKNIK 2 : KEMBANGKAN PASUKAN BISNES
.
Siapa nak berbisnes sorang-sorang tak payah baca tips ni. 😤 Kebolehan bisnes leader membangunkan pasukan bisnes menentukan sejauh mana bisnes tersebut akan berkembang.
.
Perlu ingat, bisnes adalah larian marathon; bukannya acara lari pecut 100m! Publisiti daripada selebriti bersifat sementara melainkan dalam pasukan kita memang ada orang famous yang ada peminat sendiri berpuluh ribu atau beratus ribu orang.
.
Kalau solopreneur, mesti faham betapa penatnya berbisnes gaya towkey; kalau dia tak suruh, bisnes kekal macam tu je atau merudum.
.
Mana mampu nak buat semua benda sorang-sorang kan? Di sinilah pentingnya pasukan bisnes yang faham VISI, MISI & USP bisnes.
.
Kami bermula berdua sahaja pada Julai, 2011. Kami kaji dan mendalami ilmu leadership membangunkan pasukan bisnes yang efisien & efektif, serta kaedah pembangunan syarikat dan sistem terbaik untuk bisnes yang sedang berkembang.
.
Pada Mac, 2013 kami mula recruit pasukan ELLE ZADA TAILORING HOUSE dan bermulalah pengembaraan sebenar kami dalam dunia keusahawanan. Kemudian, pada Mac 2014 kami mula recruit pasukan ELLE ZADA BOUTIQUE dan pada Mac 2015 inisiatif pembangunan pasukan ELLE ZADA ACADEMY dimulakan.
.
Perniagaan tanpa pasukan bisnes yang reliable tidak mampu survive dalam dunia yang kompetitif. Memang susah, macam-macam pengalaman kami lalui dalam proses ni.
.
Kes tikam belakang, cakap belakang, penipuan, kecurian, pemecatan dan macam-macam lagi. Sampai kes masuk mahkamah pun ada! Phew.
.
Alhamdulillah, pengalaman yang menjadikan ketahanan seorang usahawan lebih tinggi dan semuanya sangat berbaloi!
.
Investment kepada pasukan bisnes adalah jauh lebih hebat impaknya berbanding investment dalam marketing melibatkan duta selebriti di peringkat awal bisnes. Know your priority!
.
TEKNIK 3 : INVEST DALAM ILMU BISNES
.
Kami banyak luangkan masa membaca dan menggali tentang ilmu fundamental bisnes.
.
Tak semestinya buku, artikel pun kami layan.
.
Sejujurnya, kami tak pernah pergi ke seminar-seminar marketing. Ye, satu pun tak pernah. Kebanyakan ilmu yang kami laksanakan di ELLE ZADA diekstrak melalui interview pengalaman usahawan lain, eksperimen sendiri dan case study.
.
Ilmu-ilmu ini membolehkan kami membina 4 buah perniagaan revenue tinggi tanpa bergantung harap kepada faktor selebriti.
.
ELLE ZADA didirikan oleh usahawan biasa yang tak ramai followers pada mulanya, namun dengan bancuhan strategi dan taktik yang betul, ELLE ZADA bakal melebarkan sayap ke seluruh dunia.
.
Publisiti adalah penting, namun menggunakan jambatan selebriti bukanlah satu-satunya jalan untuk membina bisnes; lebih-lebih lagi di peringkat awal yang mana peruntukan kewangan adalah terhad.
.
Apa yang menarik, kini ELLE ZADA mula bersahabat dengan selebriti tanahair TETAPI bukan untuk menggunakan platform mereka, sebaliknya untuk berkongsi dapatan ilmu dan sebagai konsultan bisnes mereka melalui ELLE ZADA Academy.😃

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s