DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Doktor Fauziah Ad-Dabbus, seorang pakar psikologi yang amat popular di Kuwait pernah menulis mengenai rahsia-rahsia doa seorang ibu jika setiap malam dia mendoakan anak-anaknya, dan ternyata kesan dari tulisannya itu telah mengubah jalan hidup ramai orang…Alhamdulillah.

Isi tulisannya sebagai berikut :

” Aku bersumpah demi Allah…. wahai setiap ibu, agar jangan tidur pada setiap malam sebelum engkau memohon pertolongan Allah SWT dan mengkhabariNya bahwa engkau redha atas anak-anakmu seredha-redhanya,

dan aku bersumpah demi Allah…. agar engkau tidak menghijab/menghalangi RedhaNya kepada anak-anakmu.

Dan aku memintamu wahai para ibu agar jangan engkau tidur setiap malam sebelum engkau angkat kedua tanganmu sambil menyebut satu persatu nama anak-anakmu dan mengkhabarkan kepadaNya bahwa engkau redha atas mereka masing-masing. ”

*Begini doanya:*

اللهم إني أُشهدك أني راضية عن إبني/إبنتي (…..) تمام الرضا وكمال الرضا ومنتهي الرضا
فاللهم انزل رضوانك عليهم برضائي عنهم

“Allaahumma innii usy-hiduka annii raadhiyah ‘an ibnii/ibnatii…. (sebut nama anak-anakmu satu persatu)… tamaamar-ridhaa wa kamaalar-ridhaa wa muntahayir-ridhaa. Fallaahumma anzil ridhwaanaka ‘alaihim bi ridhaa-ii ‘anhum”

(Yaa Allaah aku bersaksi kepadaMu bahwa aku redha kepada anak-anakku…(Sebutkan nama-nama mereka satu persatu)… dengan redha dan sempurna. Maka turunkan Yaa Allaah keredhaanMu kepada mereka demi redhaku kepada mereka).

Kemudian setelah berselang beberapa minggu setelah tersebut tersebar, tiba-tiba aku dikejutkan oleh seorang ibu yang berkata bahawa aku telah mengubah kehidupannya secara total, dan sekarang dia merasa dalam kenikmatan yang tak tergambar kerana akibat doa itu terhadap dia dan anak laki-lakinya yang berumur 22 tahun.

*Maka berceritalah si Ibu itu:*

Sejak kelahiran anakku itu aku hidup dalam penderitaan kerananya.

Dia tak pernah solat dan bahkan jarang mandi, dia sering berdebat panjang denganku, dan sering membentakku dan tak menghormatiku, walaupun sudah sering aku mendoakannya.

Maka ketika membaca tulisanmu aku berkata : mungkinkah kata-kata ini benar? Nampak seperti tak masuk akal?? dan seterusnya….

dan akhirnya kuputuskan untuk mencuba anjuranmu walaupun aku tak yakin bahkan sinis mentertawakanmu.

Lalu setelah seminggu, mulai berubah nada suara anakku kepadaku, dan pertama kali dalam hidupku aku tertidur dalam kedamaian, dan didalam diriku ada sedikit syak?

Dan kemudian ku dapati anakku mandi, padahal aku tak menyuruhnya…….

Minggu kedua dan aku terus mendoakannya sesuai anjuranmu, dia membukakan pintu untukku dan menyapaku, “Apa kabar ibu?” dengan suara lembut yang tak pernah kudengar darinya sebelum itu.

Aku gembira tak terkata walaupun aku tak menunjukkan perasaanku kepadanya sama sekali…..

4 jam kemudian aku memanggilnya di telefon bimbitnya, dan dia menjawabku dengan nada yang berbeza dari biasanya, “Ibu, saya disamping masjid dan saya baru hendak solat waktu ibu call….”

Maka aku pun tak mampu menahan tangisku, bagaimana mungkin dia yang tak pernah solat sudah mulai solat dan dengan lembut bertanya khabarku??

Tak sabar aku menanti kedatangannya dan segera aku bertanya sejak bila kamu mula solat?

Jawabnya; “Saya sendiri tak tahu ibu, waktu saya lalu dekat masjid mendadak hati saya tergerak untuk solat……………….”

Sejak itu kehidupanku berubah 180 derajat, dan anakku tak pernah lagi berteriak-teriak kepadaku dan sangat menghormatiku.

Tak pernah aku mengalami kebahagian seperti ini walaupun aku sebelumnya sering hadir di majlis-majlis zikir dan pengajian-pengajian…..

Oleh kerana beratnya kehidupan sehari-hari seringkali seorang ibu melupakan doa untuk anak-anaknya, sering juga dia menganggap bahwa pusat-pusat bimbingan psikologi adalah jalan lebih baik untuk perkembangan anak-anaknya.

Padahal, justeru doa seorang ibu itu adalah sebenarnya jalan tersingkat untuk mencapai kebahagiaan anak-anaknya di dunia dan akhirat In Shaa’ Allaah.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Advertisements

Doa untuk ibu bapa yang sudah pergi

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

 

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

 

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

 

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

 

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

 

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

 

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

 

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

 

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

 

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

 

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

 

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

 

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

 

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

 

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

 

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

 

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

 

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

KUASA ISTIKHARAH

KUASA ISTIKHARAH

“Abang, kita bernikah atas jalan istikharah. Jodoh kita pilihan Allah. Saya tak pernah menyesal berkahwin dengan abang. Selalu saya kata pada diri saya, apa pun kekurangan dan kelemahan abang, memang padanlah dengan kekurangan dan kelemahan saya. Saya harap abang pun macam tu juga. Ujian memang akan sentiasa ada. Kita yang tak boleh mengalah dengannya.”

Serangkap kata-kata saya itu rupa-rupanya bagai menjirus air ke bara. Saya lihat wajah mendung suami serta merta berubah cerah. Ketika dia menggenggam tangan saya dan melafazkan penghargaannya, saya hanya mampu bersyukur kepada Allah.

Sungguh ujian tersebut hampir membawa kami hanyut dengan keegoan dan bisik-bisik syaitan. Ia sudah terlalu hampir dengan perceraian. Namun sejurus mengingati bahawa jodoh kami tertegak di atas jalan istikharah, maka serta merta hati yang remuk dan mengamuk menjadi redha. Subhanallah. Hebatnya kuasa istikharah!

Petikan artikel Kuasa Istikharah 
Kolum Pujuklah Hati
Majalah Anis.

324.The inside of Kaabah

Kelmarin temankan abah berbekam di rumah sahabat lama abah di TM. Banyak benda yang kami belajar kat situ dari Cikgu Nadzri ( dah pencen mcm abah ). Ingatkan teman abah berbekam ni just tunggu je macam teman abah pergi bank, pergi bengkel kete semua, but Alhamdulillah saya, adik, ibu and abah banyak dapat ilmu sbb Cikgu Nadzri ni dengan isteri dia sangat pemurah dalam memberi maklumat dan nasihat berguna.

Mind you, he can read minds. Dia boleh tau saya ada lagi 2paper exam yang tak berapa prepare sangat. And he’s right! ( shivers ). Saya, adik n ibu diberi peluang untuk cucuk jarum acupuncture kat kaki abah sambil dia ajar bacakan doa. huhu. Sementara abah berbekam, isteri Cikgu Nadzri- Cikgu Salmah jamu kami dan rupa2nya dia baru balik dari Mekah. Rajin dia berkongsi pengalaman masa dia kat sana ngan kitorang. Seronok dengar. Part yang best masa dia cerita time dia tengah berdoa depan Kaabah ( memang Umrah kali ni banyak sangat dugaan yang dia terima ) dia nampak ayat2 Quran dari atas Kaabah naik ke langit. Subhanallah!!..Dua kali pandang, dia nampak benda yang sama! ( Masa tu nak nangis da bile dengar, but segan ada ibu abah..huhu ) Memang amazed lah, rasa macam tak sabar2 nak pergi sana. “Ya Allah permudahkan jalan ku untuk ke sana” Aminn….

Dan harini, air mata jatuh lagi, sebab buat pertama kalinya saya dapat melihat interior of the Kaabah, finally walaupun tak pernah bersua muka. Rupa-rupanya zaman dulu2, orang awam boleh masuk, sekarang dah tak boleh, maybe sebab the amount of the jamaah yang makin bertambah. Sekarang hanya pemimpin2 negara dan orang-orang tertentu je yang boleh masuk. Untuk maklumat selanjutnya boleh click kat link bawah ni ok ;-).

Owh kalau sape2 nak berbekam atau buat acupuncture boleh la datang Tanjung Malim. Lupe pulak simpan kad cikgu tu, tapi kalau nak nanti saya refer abah je! Murah je tak mahal mcm berbekam kat KL. 🙂

via MuslimByChoice. Thanks for sharing Amina!

Salam Maulidurrasul 1429H

I’ve been listening to his first single – Allahu Allah since last year and today is the first time I took the time to google about this guy named Mesut Kurtis and I’m glad that I found another great song from him titled Burdah. Plus this time I know that he is not an old man as what I imagine before. huhu.. So dear readers, this beautiful song I dedicate to all of you and I wish you a blessing Mawlid Rasul of 1429H!

Abu Hurairah related that the Prophet SAW gif said, “I observe this day in fasting because it was a day in which I was born, and on it the revelation of (Al-Qur’an) was inaugurated.” (Muslim)–quoted from Gurindam Jiwa

Mawlaya salli wa sallim da’iman abada
‘Ala habibika khayril khalqi kullihimi

O my Master, send your salutations and blessings forever
Upon Your Beloved, the best of the whole of creation

Muhammadun sayyidul kawnayni wath thaqalayn
Wal fariqayni min ‘urbin wa min ‘ajami

Muhammad is the master of the two worlds
and of Man and the jinn
Leader also of the Arabs, non-Arabs and their kin

Huwal habibul ladhi turja shafa’atuhu
Likulli hawlin minal ahwali muqtahami

Beloved by Allah is he upon whose pleading we depend
From terrors of the Day of Judgement,which on us descend

Thummar ridha ‘an Abi Bakrin wa ‘an ‘Umarin
Wa ‘an ‘Aliyyin wa ‘an ‘Uthmana dhil karami

Then we ask You to be pleased with Abu Bakr, ‘Umar,
‘Ali and ‘Uthman the generous one

Ya rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
Waghfir lana ma mada ya wasi’al karami

O my Lord! with the Elect One make us attain our goals
And forgive us for what has passed,
O Most Munificent One!

seeing the video clips and to hear the song soothes me today~ keep repeating the song-mode 😉 Thanks to dear friend that helped me to search for this song. Lagu ni best kan kak emi! hihi

123.First Taranum class today

Quite excited when Ustaz Md. Zin came to start our first class of Taranum today. yeay~ I learned there are 7 types of Taranum which I’ll elaborate in next post. Today I found this blog that dedicated about Taranum lesson. Gotta go, I’ll story about this more tonight oraite! thank you for reading my humble blog friend..

btw , HAPPY BIRTHDAY dear sister – chiyo Dyna

91.Seminar Al-Quran Penjana Kemajuan Sains & Teknologi

Seminar ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Karangkraf Sdn Bhd, dengan Majalah I sebagai majalah rasmi bagi seminar ini.

Tarikh & masa : 23 Februari 2008 bermula 0800H higga 1800.

Tempat : Dewan Bestari, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM), Kem Sg Besi, 57000 Kuala Lumpur
Yuran : RM20 untuk pelajar dan RM23 untuk bukan pelajar

Ahli Panel :

  • Dr Jamnul Azhar Mulkan – Kertas kerja berkaitan dengan bidang perubatan dan Al-Quran.
  • Prof Dr Mohd Yusof Hj Othman – Kertas kerja berkaitan dengan bidang Fizik dan Al-Quran.
  • Dr Danial Zainal Abidin – Kertas kerja berkaitan antara kejadian alam dan Al-Quran.

Pembayaran : Sila berhubung dengan urusetia untuk maklumat lanjut

Urusetia :

a. 012-4747453 (Zul)

b. 017-2904193 (Syafiq)

c. 012-4094408 (Joy)

Emel : ezias86@hotmail. comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya atau seminarupnm@ hotmail.comAlama t email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Kenderaan transit akan disediakan bagi peserta yang menaiki pengangkutan awam dari Stesen LRT Tasik Selatan ke tempat seminar. Bagi peserta dikalangan pelajar, sila sertakan salinan kad matriks anda pada hari pendaftaran ataupun anda boleh emelkan kepada kami untuk pengesahan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20/2/2008 . Bayaran merangkumi kertas kerja dan makan